LONDON: TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Halaman perkongsian video ini berkata lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Kebimbangan mengenai potensi impak media sosial kepada pilihan raya tahun ini dibangkitkan, dengan kecerdasan buatan (AI) mampu membawa gelombang baharu maklukmat salah dan maklumat palsu dalam bentuk media dan "deepfakes"yang telah dimanipulasi.
TikTok berkata ia akan melancarkan Pusat Pilihan Raya Tempatan di United Kingdom (UK) pada awal April, menjelang pilihan raya tempatan pada Mei yang telah dihasilkan dengan kerjasama firma menyemak fakta Logically Facts.
Pusat dalam talian itu akan menyediakan pengguna dengan maklumat mengundi yang disahkan termasuk bila, di mana dan bagaimana orang ramai boleh mengundi selain daripada pautan ke Suruhanjaya Pilihan Raya.
Di TikTok pula, pengundi akan diberikan pandu arah ke pusat mengundi menerusi bantu ingat mengenai hantaran pilihan raya yang berkaitan atau carian.
Syarikat itu berkata ia merancang untuk memperkenalkan pusat sama di negara lain di seluruh dunia, dan disesuaikan mengikut setiap pilihan raya.
Di UK, TikTok berkata ia juga akan menghasilkan pelbagai video pendidikan dengan Logically Facts, menggalakkan pengguna untuk memikirkan maklumat yang digunakan mereka dalam pemilihan.
Video-video ini akan diketengahkan di pusat pilihan raya.
Dalam sebuah blog yang membincangkan pendekatan syarikat itu dalam pemilihan 2024, TikTok berkata ia juga telah melakukan usaha tertentu untuk memerangi maklumat salah berkuasa AI dan ini akan berterusan sepanjang pilihan raya.
"Kandungan yang dijana AI (AIGC) membawa cabaran baharu kepada industri kami yang kami tangani secara proaktif dengan peraturan yang tegas dan teknologi baharu,"kata TikTok.
"Kami tidak membenarkan kandungan dimanipulasi yang boleh mengelirukan, termasuk AIGC tokoh masyarakat jika ia menggambarkan mereka mengendors satu pandangan poltik. Kami juga memerlukan pembuat kandungan untuk melabelkan sebarang AIGC yang realistik.
"Bersama-sama dengan 20 syarikat peneraju teknologi, kami baru-baru ini memberi jaminan untuk membantu mengelakkan kandungan AI yang mengelirukan daripada campur tangan dalam pilihan raya tahun ini menerusi kerjasama proaktif.
Dengan perkembangan teknologi dalam 2024, kami akan terus menambah baik dasar dan pengesanan kami sambil menjadi rakan kongsi dengan pakar dalam kandungan celik media yang membantu komuniti kami mengendalikan AI dengan bertanggungjawab termasuk bekerjasama dengan industri menerusi perkongsian asal-usul kandungan.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Thu Mar 28 2024
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu. - Gambar fail
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Pesohor media sosial cari suami kaya
Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.
TikTok uji pempengaruh maya dikuasakan AI untuk jana kandungan, pengiklanan
Melalui ciri ini, pempengaruh maya yang dibangunkan dan ditawarkan kepada pengiklan boleh menghasilkan kandungan serta melakukan jualan melalui platform TikTok.
Lagu viral sampai luar negara, De Fam kongsi cerita di sebalik single Alamak Raya Lagi!
De Fam mengakui tidak menjangkakan single terbaharu mereka itu tular sehingga ke luar negara dan menjadi trend terkenal di aplikasi TikTok.
TikTok, META perlu tingkatkan usaha pantau kandungan memudaratkan
Penyedia platform dalam talian Tiktok dan META digesa meningkatkan usaha pemantauan, susulan peningkatan kandungan dalam talian yang memudaratkan.